Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Tingkat Kesedaran Keselamatan Buat Wanita

Diterbitkan: 11 Nov 2024 6.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Isu keselamatan khususnya membabitkan penumpang dan pemandu wanita antara yang perlu diberi perhatian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tingkat-kesedaran-keselamatan-buat-wanita
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:10 MYT
Isu keselamatan khususnya membabitkan penumpang dan pemandu wanita antara yang perlu diberi perhatian.

Menyedari keperluan itu, inDrive dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Women's Aid Organisation menganjurkan bengkel keselamatan khas bagi menangani cabaran keselamatan dalam industri e-panggilan dan penyelesaian keselamatan praktikal untuk pengguna.

la juga diadakan sebagai tindak balas terhadap kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat terutama pengguna wanita dan komuniti rentan dalam sektor e-panggilan di negara ini.


Dengan fokus kepada peningkatan kesedaran awam dan pelaksanaan langkah keselamatan lebih berkesan, bengkel itu turut menghimpunkan pihak berkepentingan termasuk pemandu e-panggilan, pengguna dan wakil daripada komuniti setempat

Menurut Pemangku Pengarah Eksekutif Women's Aid Organisation, Puan Nazreen Nizam, pendidikan komuniti penting dalam menangani kebimbangan keselamatan khusus yang dihadapi wanita ketika menggunakan perkhidmatan itu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
May be an image of 6 people and text
ArtikelDiterbitkan 11 Nov 2024 6.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM