Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Tular Kejadian Samun Di Sebuah Kedai

Diterbitkan: 11 Nov 2024 7.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
"Pada 23 Oktober 2024 jam lebih kurang 9.01 malam, pihak polis telah menerima satu laporan dari pengadu seorang warga tempatan yang bekerja sebagai juruwang di sebuah premis yang menjalankan perniagaan menjual aiskrim di Jalan Besar Pandamaran, Kawasan 12, Pelabuhan Klang, Selangor".
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-kejadian-samun-di-sebuah-kedai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:44 MYT
"Pada 23 Oktober 2024 jam lebih kurang 9.01 malam, pihak polis telah menerima satu laporan dari pengadu seorang warga tempatan yang bekerja sebagai juruwang di sebuah premis yang menjalankan perniagaan menjual aiskrim di Jalan Besar Pandamaran, Kawasan 12, Pelabuhan Klang, Selangor".

"Dalam kejadian tersebut, suspek dua orang lelaki yang bersenjatakan parang telah bertindak menyamun dua buah telefon bimbit milik pelanggan dan menetak wayar mesin sehingga putus lalu melarikan mesin wang tersebut. Kedua-dua suspek melarikan diri menggunakan kereta jenis Proton Iriz warna biru".

"Pada 24 Oktober 2024 jam lebih kurang 12.15 tengah hari, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap satu lelaki warga tempatan berumur 46 tahun dan merampas pakaian serta parang yang digunakan semasa menyamun".

"Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun berkumpulan dengan senjata. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama 20 tahun serta dikenakan denda dan sebat".

"Pada 30 Oktober 2024, suspek telah dituduh di Mahkamah Sesyen Klang dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun serta satu sebatan bagi setiap pertuduhan dan hukuman bagi ketiga-tiga pertuduhan dijalankan serentak".

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong

Video Tular Kejadian Samun Di Sebuah Kedai
ArtikelDiterbitkan 11 Nov 2024 7.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM