Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tingkat Kerjasama Banteras Penipuan Kewangan

Published: 10 Oct 2022 2.07 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan akan terus berkerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membanteras aktiviti penipuan kewangan, termasuk membantu mendapatkan semula dana yang dicuri dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tingkat-kerjasama-banteras-penipuan-kewangan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:49 MYT
Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan akan terus berkerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membanteras aktiviti penipuan kewangan, termasuk membantu mendapatkan semula dana yang dicuri dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.
Timbalan Gabenor BNM, Datuk Marzunisham Omar berkata, institusi kewangan akan berkerjasama dengan BNM untuk menjejaki dana yang hilang dan jika mangsa penipuan membuat laporan pada pihak bank dan polis dengan segera, dana berkenaan mungkin boleh disekat daripada diambil penjenayah.
Justeru, beliau berkata mangsa penipuan dinasihatkan segera menelefon bank mereka jika mendapati transaksi meragukan berkenaan penipuan kewangan membabitkan akaun bank mereka.
Datuk Marzunisham berkata, kerjasama antara agensi penguatkuasaan amat penting, terutama berkaitan perkongsian maklumat bagi membanteras jenayah penipuan kewangan dan siber secara berkesan.

Ikuti temu bual eksklusif Berita Harian Online bersama Timbalan Gabenor BNM, Datuk Marzunisham Omar dalam meningkatkan kerjasama antara agensi penguatkuasaan untuk membanteras penipuan kewangan.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi Polis Diraja Malaysia dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#10102022

May be an image of text that says 'bank Tingkat kerjasama banteras penipuan kewangan Bank Negara Malaysia (BNM) kewangan membabitkan akaun polis dengan bil
ArticlePublished 10 Oct 2022 2.07 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM