Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Tindakan Mencurigakan Suspek Warga Thailand Bongkar Lokasi Persembunyian 97 Pati Myanmar

Diterbitkan: 20 Feb 2023 2.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Harian Metro
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tindakan-mencurigakan-suspek-warga-thailand-bongkar-lokasi-persembunyian-97-pati-myanmar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:32 MYT
Keratan Akhbar Pilihan Tindakan Mencurigakan Suspek Warga Thailand Bongkar Lokasi Persembunyian 97 Pati Myanmar
Laman Utama / Artikel / Keratan Akhbar Pilihan Tindakan Mencurigakan Suspek Warga Thailand Bongkar Lokasi Persembunyian 97 Pati Myanmar
Kembali ke Pustaka
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Tindakan Mencurigakan Suspek Warga Thailand Bongkar Lokasi Persembunyian 97 Pati Myanmar

Sumber: Harian Metro
Pasir Mas, 20 Februari 2023 - Seramai 97 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan anggota Pasukan Gerakan Am ketika mereka menyorok di dalam semak berdekatan sawah padi di Kampung Sapi, Jeram Perdah, Kelantan di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, anggota membuat intipan sebelum mengenal pasti seorang lelaki berjalan kaki membawa bungkusan makanan ke kawasan semak itu.
Katanya, suspek yang juga warga Thailand itu kemudian dilihat menyerahkan makanan terbabit kepada sekumpulan lelaki dan perempuan dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil serbuan mendapati terdapat 78 lelaki dan 19 wanita warga Myanmar yang sedang menyorok dipercayai masuk ke dalam negara secara haram melalui jalan sungai sempadan Malaysia-Thailand.

“Semua PATI berusia 16 dan 58 ini tiada dokumen pengenalan diri yang sah untuk memasuki Malaysia.
"Anggota menahan semua PATI dan tekong untuk dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah bagi siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta SOSMA.

Sumber: Harian Metro

 
ArtikelDiterbitkan 20 Feb 2023 2.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM