Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Timbalan Kpn Dahului Terima Darjah Pingat Kebesaran Dari Sultan Perak

Diterbitkan: 06 Nov 2020 4.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 6 November 2020 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM mendahului senarai 147 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-64 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-timbalan-kpn-dahului-terima-darjah-pingat-kebesaran-dari-sultan-perak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT

Ipoh, 6 November 2020 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM mendahului senarai 147 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-64 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Dato' Sri Acryl Sani bakal dikurniakan dengan Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Manakala seramai dua lagi Pegawai Kanan Polis iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Razarudin Husain @ Abd Rasid dan Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah, DCP Tuan Mior Faridalathrash Wahid pula masing-masing dianugerahkan Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas penganugerahan darjah kebesaran tersebut.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian berikut.

Sumber: Berita Harian

Image may contain: 2 people, text

ArtikelDiterbitkan 06 Nov 2020 4.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM