Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Timbalan Kpn Antara Penerima Darjah Kebesaran Negeri Perak

Published: 05 Nov 2022 3.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 5 November 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain antara 212 penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-66 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang disambut semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-timbalan-kpn-antara-penerima-darjah-kebesaran-negeri-perak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:07 MYT
Ipoh, 5 November 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain antara 212 penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-66 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang disambut semalam.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (Bersara), Datuk Seri Diraja Tan Sri Dr. Mohd Zahidi Zainuddin berkata, Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima kepada Tan Sri Razarudin Husain.

Manakala, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dikurniakan Darjah Dato’ Seri Paduka Cura Si Manja (S.P.C.M.) yang membawa gelaran Dato’ Seri.

Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.) membawa gelaran Datuk Pahlawan kepada lima penerima termasuk Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Perak, SAC Shazeli Kahar dan Inspektor Jeneral Angkatan Tentera Malaysia, Laksamana Muda Abd Halim Shaari.

Tan Sri Dr. Mohd Zahidi berkata, Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak akan diadakan pada satu tarikh yang akan diperkenankan oleh Sultan Perak.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 05 Nov 2022 3.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM