
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Tiga Sindiket Ah Long Tumpas
Kuala Lumpur, 25 September 2021 - Polis menumpaskan tiga sindiket peminjam wang tanpa lesen atau ah long yang beroperasi di Johor, Pahang, Terengganu dan Kedah...
Kuala Lumpur, 25 September 2021 - Polis menumpaskan tiga sindiket peminjam wang tanpa lesen atau ah long yang beroperasi di Johor, Pahang, Terengganu dan Kedah menerusi Operasi Vulture yang dijalankan pada 7 September lalu dan kelmarin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Kamarudin Md Din berkata, polis turut menahan 52 individu; masing-masing 46 lelaki dan lima wanita tempatan serta seorang wanita warga Vietnam, berusia antara 15 hingga 58 tahun.
"Serbuan dilakukan di Tangkak, Johor Bahru dan Iskandar Puteri di Johor; Kuantan, Pahang; Kuala Terengganu, Terengganu dan Alor Setar, Kedah.
"Siasatan mendapati 52 individu yang ditahan itu anggota sindiket 'Ah Han', 'Ah Sing' dan 'Jimmy' yang dikesan aktif menjalankan aktiviti memberi pinjaman wang tanpa lesen dengan menyasarkan warga tempatan," katanya pada sidang media secara maya, semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.