Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Tiga Serbuan Lumpuhkan Tiga Penipuan Antarabangsa

Diterbitkan: 04 Jun 2026 2.46 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.53 PM
Bukit Mertajam, 4 Jun 2026 - Polis Pulau Pinang melumpuhkan tiga sindiket penipuan antarabangsa dalam tiga serbuan berasingan terhadap premis yang dijadikan pusat panggilan sekitar Bukit Mertajam kelmarin, dengan 32 individu termasuk empat lelaki tempatan ditahan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tiga-serbuan-lumpuhkan-tiga-penipuan-antarabangsa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:09 MYT
 
Bukit Mertajam, 4 Jun 2026 - Polis Pulau Pinang melumpuhkan tiga sindiket penipuan antarabangsa dalam tiga serbuan berasingan terhadap premis yang dijadikan pusat panggilan sekitar Bukit Mertajam kelmarin, dengan 32 individu termasuk empat lelaki tempatan ditahan.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Ts. Azizee Ismail berkata, operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Pulau Pinang itu turut membawa kepada rampasan pelbagai peralatan bernilai kira-kira RM123,000.

Beliau berkata, serbuan pertama di Taman Pinggiran Bukit Minyak membongkar sindiket "love scam" yang dipercayai aktif sejak Januari lalu dengan menyasar mangsa di Malaysia, China dan Taiwan.

Dalam operasi itu, 10 warga asing terdiri lapan lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang lelaki warga Taiwan berusia antara 24 hingga 41 tahun ditahan.

Polis turut merampas 16 unit komputer, 23 telefon bimbit dan empat router WiFi bernilai kira-kira RM78,000, selain menemui skrip penipuan yang digunakan sindiket berkenaan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text


ArtikelDiterbitkan 04 Jun 2026 2.46 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.53 PM