Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Scammer Polis Kedutaan Kerjasama Pantau Warga Asing

Diterbitkan: 04 Jun 2026 1.48 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.53 PM
Petaling Jaya, 4 Jun 2026 - Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan pihak kedutaan asing bagi memastikan mana-mana individu yang memasuki negara ini tidak menjadikan Malaysia sebagai hab kegiatan sindiket penipuan dalam talian antarabangsa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-scammer-polis-kedutaan-kerjasama-pantau-warga-asing
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:54 MYT
 
Petaling Jaya, 4 Jun 2026 - Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan pihak kedutaan asing bagi memastikan mana-mana individu yang memasuki negara ini tidak menjadikan Malaysia sebagai hab kegiatan sindiket penipuan dalam talian antarabangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, bagaimanapun setakat ini pihaknya tidak dapat mengesahkan berhubung dakwaan sindiket penipuan dalam talian yang sebelum ini beroperasi di Myanmar, Laos, dan Kemboja, dipercayai memindahkan pusat operasi mereka di negara ini.

Namun, beliau menegaskan, tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap mana-mana individu termasuk warga asing yang menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi melakukan aktiviti penipuan.

"Negara ini sememangnya menjadi sasaran berikutan kemudahan serta infrastruktur yang tersedia namun polis sentiasa mengambil langkah proaktif bagi membanteras kegiatan tersebut.

"Kita sentiasa berhubung erat dengan pihak kedutaan yang ada di negara ini bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text


ArtikelDiterbitkan 04 Jun 2026 1.48 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.53 PM