Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tiga Ditahan Kes Bangkai Harimau Dalam Kereta

Published: 17 Sep 2025 8.28 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Mersing, 17 September 2025 - Tiga lelaki ditahan selepas pihak berkuasa menemukan bangkai seekor harimau belang dipercayai diburu secara haram di dalam sebuah kereta di FELDA Tenggaroh, di sini, pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tiga-ditahan-kes-bangkai-harimau-dalam-kereta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:23 MYT
Mersing, 17 September 2025 - Tiga lelaki ditahan selepas pihak berkuasa menemukan bangkai seekor harimau belang dipercayai diburu secara haram di dalam sebuah kereta di FELDA Tenggaroh, di sini, pagi semalam.

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Bukit Aman menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan operasi bersepadu bersama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara itu digerakkan hasil maklumat awam.

Komander FRU, SAC Rosli Md. Yusof berkata, pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan menemukan seekor harimau belang mati (Panthera Tigris Jacksoni), selain beberapa barang lain yang turut dirampas.

“Harimau belang ialah khazanah negara yang tidak ternilai. Kehilangannya akibat kerakusan manusia ialah pengkhianatan kepada warisan bangsa.

“Risikan FRU akan terus berada di barisan hadapan, berganding bahu dengan agensi sahabat untuk memastikan setiap khazanah negara dipertahankan. Kami beriltizam membanteras pemburuan haram tanpa kompromi demi kelestarian alam dan generasi akan datang,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text
ArticlePublished 17 Sep 2025 8.28 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM