Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pasukan Elit Orang Asli Digeruni Musuh

Diterbitkan: 17 Sep 2025 6.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Tidak ramai menyedari bahawa di sebalik keamanan yang dikecapi negara hari ini, terdapat satu Pasukan elit terdiri daripada anak watan Orang Asli yang digeruni musuh sejak zaman darurat lagi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pasukan-elit-orang-asli-digeruni-musuh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:47 MYT
Tidak ramai menyedari bahawa di sebalik keamanan yang dikecapi negara hari ini, terdapat satu Pasukan elit terdiri daripada anak watan Orang Asli yang digeruni musuh sejak zaman darurat lagi.

Pasukan Senoi Praaq yang bermaksud ‘Orang Perang' dalam bahasa Semai, merupakan satu unit penting dalam Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia yang kini terdiri daripada Batalion 3 dan Batalion 18.

Semasa era darurat, kemahiran Senoi Praaq menjadi aset yang amat diperlukan dalam usaha menentang ancaman gerila komunis, malah peranan mereka amat besar dalam operasi keselamatan terpenting dan terpanjang negara iaitu Op Bamboo yang berlangsung dari 1959 hingga 1989.

Kecekapan Pasukan Senoi Praaq dalam mengenal pasti jejak musuh dan melaksanakan operasi di pedalaman hutan adalah antara taktor utama yang menyumbang kepada kejayaan Pasukan keselamatan negara.

Ikuti wawancara bersama Timbalan Pengarah PGA, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi dan Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Bidor, Superintenden Azhar Hj. Hashim yang dijalankan oleh Sinar Harian yang mengupas lebih lanjut mengenai keberanian dan kejayaan Pasukan Senoi Praaq.

May be an illustration of 2 people and text that says 'LAPORAN KHAS PASUKAN ELIT DI SEBALIK keamanan yang dikecapi negara hari ini, ORANG ASLI Orang Asli y

May be an image of 2 people and text

May be an image of 8 people and text that says 'Jadi simbol kebangaan Orang Asli Malaysia ecekannti Oleh FARAH SHAZWANI AUI BIDOR semakin hadava nzunakar


ArtikelDiterbitkan 17 Sep 2025 6.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM