Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tiga Cadangan Tangani Isu Keselamatan Sosial Di Sekolah Pm

Published: 21 Oct 2025 2.18 AM Updated: 15 Aug 2026 6.45 PM
Putrajaya, 18 Oktober 2025 - Larangan penggunaan telefon pintar dan media sosial bagi mereka yang berusia bawah 16 tahun adalah antara tiga cadangan Kabinet dalam usaha menangani isu keselamatan dan sosial, termasuk kes buli dalam kalangan pelajar yang semakin membimbangkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tiga-cadangan-tangani-isu-keselamatan-sosial-di-sekolah-pm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:03 MYT


Putrajaya, 18 Oktober 2025 - Larangan penggunaan telefon pintar dan media sosial bagi mereka yang berusia bawah 16 tahun adalah antara tiga cadangan Kabinet dalam usaha menangani isu keselamatan dan sosial, termasuk kes buli dalam kalangan pelajar yang semakin membimbangkan.

Dua lagi cadangan meliputi peningkatan pemantauan keselamatan di sekolah dan penambahbaikan kandungan pendidikan yang menekankan nilai dan akhlak.

Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Kabinet memperuntukkan masa yang panjang dalam mesyuarat semalam membincangkan isu pendidikan dan masalah disiplin pelajar yang membimbangkan ibu bapa dan masyarakat.

“Dalam hal seperti ini, kita tidak boleh ambil tindakan tergesa-gesa, ia kena teliti tetapi ada beberapa langkah boleh dilaksanakan segera,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Jannatul Firdaus, Presint 5, di sini semalam.

Beliau berkata, penelitian langkah mengehadkan penggunaan telefon pintar bagi pelajar bawah 16 tahun itu susulan kebimbangan terhadap pengaruh media sosial dan permainan dalam talian yang boleh mencetuskan tingkah laku negatif.

PM juga berkata, polis dan Kementerian Dalam Negeri pula diminta memberi keutamaan kepada pemantauan rapi bagi meningkatkan keselamatan di sekolah.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Larang bawah 16 tahun guna telefon pintar, media sosial Kabinet kemuka tiga cadangan tangani isu keselamatan, sosial di
 
 
 
 
 
 
ArticlePublished 21 Oct 2025 2.18 AMUpdated 15 Aug 2026 6.45 PM