
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Gerak Mpv Urb Di Sekolah Tangani Kes Buli
George Town, 18 Oktober 2025 - Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang akan digerakkan ke...
George Town, 18 Oktober 2025 - Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang akan digerakkan ke kawasan sekolah sebagai langkah menangani kes buli dalam kalangan pelajar.
Rondaan secara berkala khususnya pada waktu malam itu antara langkah diambil bagi mewujudkan persekitaran selamat di sekolah selain usaha pencegahan jenayah.
Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Ts. Azizee Ismail, berkata langkah itu turut diambil terhadap sekolah berasrama di negeri ini.
Katanya, keputusan itu diambil ketika pertemuan bersama Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad dalam satu sesi, baru-baru ini.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitanBerita Harian seperti di lampiran.