Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tidak Puas Hati Kena Saman

Published: 07 Feb 2023 1.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kangar, 7 Februari 2023 - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes memuat naik sebuah video berunsur fitnah ke atas anggota polis trafik menerusi akaun TikTok.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tidak-puas-hati-kena-saman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:47 MYT
Kangar, 7 Februari 2023 - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes memuat naik sebuah video berunsur fitnah ke atas anggota polis trafik menerusi akaun TikTok.

Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, penarik baja berusia 39 tahun itu ditahan pada Sabtu lalu dan direman hingga esok bagi siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Lelaki itu ditahan di rumahnya di Jitra, Kedah dan hasil semakan mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, klip video berdurasi 35 saat atas pemilik akaun @manbajanaw9438 itu memaparkan tiga anggota trafik sedang melakukan pemeriksaan rutin di Jalan Kangar-Alor Setar berhampiran lampu isyarat Simpang Ampat, Perlis.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 07 Feb 2023 1.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM