
Article
Keratan Akhbar Pilihan Tidak Berhati Perut Langsung Mayat Bayi Perempuan Ditemui Mula Mereput Dalam Kotak Plastik
Batu Pahat, 5 Mei 2021 - Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam sebuah kotak plastik yang diletakkan di belakang sebuah premis perniagaan...
Batu Pahat, 5 Mei 2021 - Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam sebuah kotak plastik yang diletakkan di belakang sebuah premis perniagaan di Jalan Kluang, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Tuan Ismail Dollah berkata, polis menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan mayat bayi berkenaan pada 6.40 petang.
"Siasatan awal mendapati, bayi perempuan berkenaan dipercayai ditinggalkan lebih daripada 24 jam berdasarkan keadaan tubuh badan yang sudah mula mereput.
"Polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar premis perniagaan berdekatan tempat kejadian yang menunjukkan seorang lelaki meletakkan kotak berkenaan pada 27 April lalu," katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, Johor untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4363300.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro.
Sumber: