Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Tiada Bukti Kawasan Pendaratan Rohingya Secara Haram

Diterbitkan: 26 Nov 2025 2.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 26 November 2025 - Polis Kontinjen Kedah sentiasa memantau rapat dalam mengawasi apa sahaja aktiviti harian, khususnya di Bukit Malut, Langkawi yang dilaporkan kebal dan dianggap sebagai sarang aktiviti jenayah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tiada-bukti-kawasan-pendaratan-rohingya-secara-haram
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:25 MYT
Kuala Lumpur, 26 November 2025 - Polis Kontinjen Kedah sentiasa memantau rapat dalam mengawasi apa sahaja aktiviti harian, khususnya di Bukit Malut, Langkawi yang dilaporkan kebal dan dianggap sebagai sarang aktiviti jenayah.

Malah, polis juga tidak menemui sebarang elemen tepat kononnya kawasan berkenaan turut bertungsi sebagai lokasi pendaratan etnik Rohingya yang memasuki negara ini secara haram.

Ketua Polis Kedah, CP Datuk Adzli Abu Shah, berkata stigma mengenai kawasan berkenaan adalah lokasi persembunyian warga Rohingya dan sarang aktiviti jenayah tidak dapat dibuktikan sehingga kini.

“Kalau kita teliti corak atau modus operandi (MO) kedatangan pendatang asing tanpa izin, terutama etnik Rohingya, yang datang belayar dari Bangladesh atau Myanmar, mereka akan transit di Satun, Thailand.
“Dari Satun, mereka (PATI) menaiki bot masuk perairan negara menuju ke utara Langkawi iaitu rumah apungan yang disediakan sindiket di Teluk Ewa atau Teluk Datai, yang menghadap Pulau Tatutao, Thailand.

“Berdasarkan rekod tangkapan yang kita laksanakan sebelum ini, MO mereka bukannya menuju ke Bukit Malut, meskipun kawasan ini adalah di tepi laut dan kita (polis) tidak pernah mengesan lagi kes kemasukan melalui Bukit Malut,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
May be an image of text that says 'Tiada bukti kawasan pendaratan Rohingya secara haram Kuala Lumpur: Polis Kontinjen Malut dilapor- aktiviti dianggap tida

ArtikelDiterbitkan 26 Nov 2025 2.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM