
Artikel
KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA TAHAN ENAM INDIVIDU TERMASUK LIMA WARGA INDONESIA DALAM SERBUAN DI KAWASAN LOMBONG EMAS HARAM DI TEMERLOH
Kuantan, 26 November 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menahan enam individu termasuk lima warga Indonesia dalam serbuan di kawasan lombong emas...
Kuantan, 26 November 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menahan enam individu termasuk lima warga Indonesia dalam serbuan di kawasan lombong emas haram di Kampung Bolok, Temerloh, Sabtu lalu.
Komandernya, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan menerusi Op Bersepadu Khazanah kira-kira 8.00 pagi itu, PGA turut merampas pelbagai alatan digunakan untuk aktiviti melombong dan jentera bernilai lebih RM1.1 juta.
Menurutnya, serbuan dilakukan bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang hasil risikan dilakukan dua agensi terbabit.
Katanya, ketika pasukan serbuan tiba di lokasi didapati pintu utama lombong berkunci dan beberapa individu diarah membukanya.
"Bagaimanapun, mereka cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan anggota yang mengepung kawasan.
"Antara alatan dirampas di lombong itu ialah jengkaut, lori, palong, pam air dan kuali mendulang," katanya menerusi kenyataan media.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.