
Article
Keratan Akhbar Pilihan Tiada Bukti Kawasan Pendaratan Rohingya Secara Haram
Kuala Lumpur, 26 November 2025 - Polis Kontinjen Kedah sentiasa memantau rapat dalam mengawasi apa sahaja aktiviti harian, khususnya di Bukit Malut, Langkawi y...
Kuala Lumpur, 26 November 2025 - Polis Kontinjen Kedah sentiasa memantau rapat dalam mengawasi apa sahaja aktiviti harian, khususnya di Bukit Malut, Langkawi yang dilaporkan kebal dan dianggap sebagai sarang aktiviti jenayah.
Malah, polis juga tidak menemui sebarang elemen tepat kononnya kawasan berkenaan turut bertungsi sebagai lokasi pendaratan etnik Rohingya yang memasuki negara ini secara haram.
Ketua Polis Kedah, CP Datuk Adzli Abu Shah, berkata stigma mengenai kawasan berkenaan adalah lokasi persembunyian warga Rohingya dan sarang aktiviti jenayah tidak dapat dibuktikan sehingga kini.
“Kalau kita teliti corak atau modus operandi (MO) kedatangan pendatang asing tanpa izin, terutama etnik Rohingya, yang datang belayar dari Bangladesh atau Myanmar, mereka akan transit di Satun, Thailand.
“Dari Satun, mereka (PATI) menaiki bot masuk perairan negara menuju ke utara Langkawi iaitu rumah apungan yang disediakan sindiket di Teluk Ewa atau Teluk Datai, yang menghadap Pulau Tatutao, Thailand.
“Berdasarkan rekod tangkapan yang kita laksanakan sebelum ini, MO mereka bukannya menuju ke Bukit Malut, meskipun kawasan ini adalah di tepi laut dan kita (polis) tidak pernah mengesan lagi kes kemasukan melalui Bukit Malut,” katanya kepada Berita Harian, semalam.