Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Terus Lawan Komunis Lepas Rakan Maut Terkena Jerangkap Samar

Published: 27 May 2023 3.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Melaka, 27 Mei 2023 - Seorang pesara polis tidak patah semangat selepas rakan baiknya maut terpijak jerangkap samar, sebaliknya perasaan geram dan marah terhadap komunis semakin menebal.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-terus-lawan-komunis-lepas-rakan-maut-terkena-jerangkap-samar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:48 MYT
Melaka, 27 Mei 2023 - Seorang pesara polis tidak patah semangat selepas rakan baiknya maut terpijak jerangkap samar, sebaliknya perasaan geram dan marah terhadap komunis semakin menebal.

Menurut pesara Koperal Roslan Kalid, 63, tiada istilah takut dalam dirinya walaupun mengetahui dua rakannya menjadi mangsa jerangkap samar yang ditanam di bawah pokok dan timbunan daun.
Dia yang bertugas dalam Pasukan Polis Hutan ketika itu berkata, seorang rakannya terbunuh manakala seorang lagi putus kaki akibat impak letupan tersebut.

“Kami menyertai Op Kota Echo di Kelian Intan, Gerik, Perak sekitar 80-an dan ditugaskan membuat rondaan bagi mengesan saki-baki komunis. Kota Echo adalah operasi paling bahaya yang pernah saya sertai kerana terdapat banyak jerangkap samar yang aktif.

“Kalau masuk satu kompeni pasti akan ada yang maut. Ketika sedang melakukan rutin rondaan, dua rakan saya terpijak jerangkap samar menyebabkan seorang maut.
“Apabila mendapat berita tersebut saya rasa geram dan sangat marah kepada komunis. Semangat saya tidak luntur malah lebih bersemangat untuk meneruskan operasi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) Tanpa Istiadat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 27 May 2023 3.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM