
Article
Keratan Akhbar Pilihan Terima Upah Rm60 Setiap Trip 20260410
Kota Bharu, 7 April 2026 - Hanya dibayar RM60 bagi setiap penghantaran, seorang lelaki sanggup mempertaruhkan diri menjadi "runner" diesel dengan menggunakan l...
Kota Bharu, 7 April 2026 - Hanya dibayar RM60 bagi setiap penghantaran, seorang lelaki sanggup mempertaruhkan diri menjadi "runner" diesel dengan menggunakan lori yang diubah suai untuk menyeludup bahan bakar terbabit ke pangkalan haram sekitar Sungai Golok.
Taktik itu bagaimanapun terbongkar apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan suspek dalam Op Tiris bersepadu di Jeram Perdah, Rantau Panjang pada Rabu.
Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, dalam operasi kira-kira jam 9.45 pagi itu, pasukan Strike Force Kompeni C, Batalion 9 PGA bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Pasir Mas mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di Kampung Kubang Bemban.
Pemeriksaan lanjut mendapati lori tersebut telah diubah suai dengan tangki tambahan yang mengandungi kira-kira 320 liter minyak diesel.
"Siasatan awal mendapati suspek mengaku menghantar diesel ke pangkalan haram di Nibong untuk diseludup ke Thailand dengan bayaran RM60 bagi setiap trip," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.