
Kuala Lumpur, 9 April 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Biro Kawalan Narkotik (BKN) Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Paduka Hj. Mohd Zalani Hj. Ismail di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.
Kehadiran Pengarah BKN Brunei Darussalam dan delegasi adalah bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan jenayah narkotik di samping meningkatkan hubungan kerjasama bilateral di antara kedua-dua buah negara.
Jurugambar: PDRM RMPTV