Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Terima Laporan Puluhan Ribu Ip Kandungan Lucah Budak

Diterbitkan: 16 May 2022 1.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 16 Mei 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima puluhan ribu alamat protokol internet (IP) yang disyaki berkongsi kandungan lucah kanak-kanak di internet daripada pihak berkuasa antarabangsa, sejak enam tahun lalu. Bagaimanapun, akibat kekurangan tenaga kerja, jumlah tangkapan dan pemeriksaan yang dilakukan jauh lebih kecil.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-terima-laporan-puluhan-ribu-ip-kandungan-lucah-budak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:22 MYT
Kuala Lumpur, 16 Mei 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima puluhan ribu alamat protokol internet (IP) yang disyaki berkongsi kandungan lucah kanak-kanak di internet daripada pihak berkuasa antarabangsa, sejak enam tahun lalu. Bagaimanapun, akibat kekurangan tenaga kerja, jumlah tangkapan dan pemeriksaan yang dilakukan jauh lebih kecil.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan, berkata sejak 2017 hingga Mac tahun ini, PDRM menerima 93,368 alamat IP yang disyaki terbabit melakukan kegiatan itu daripada sistem perkongsian maklumat yang dianggotai antaranya Polis Antarabangsa (Interpol), Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan “National Center For Missing and Exploited Children”.

Beliau berkata, berikutan kekangan kakitangan terlatih untuk menapis dan meneliti maklumat diterima itu, hanya 103 alamat IP diperiksa yang membawa kepada penangkapan 50 individu.

"Maklumat yang diterima ini akan diteliti oleh unit siasatan Malaysia Internet Crime Against Children (MICAC) D11 yang ketika ini hanya dianggotai tiga pegawai penyiasat berpangkat Inspektor.

"D11 amat berharap peruntukan yang diumum kerajaan dalam Bajet 2022 membabitkan pertambahan perjawatan dan peruntukan kewangan dapat disalur dengan segera bagi memastikan bahagian ini dapat memainkan peranan yang lebih berkesan," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../pdrm-terima-puluhan-ribu...

 
ArtikelDiterbitkan 16 May 2022 1.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM