Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Terima Kasih Polis Terima Kasih Media

Published: 06 Jun 2024 7.00 AM Updated: 15 Aug 2026 8.08 PM
Kuantan, 6 Jun 2024 - Pemilik kereta Honda City yang dilarikan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Semambu kelmarin, berterima kasih kepada semua pihak terutamanya pasukan polis atas kejayaan memberkas suspek.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-terima-kasih-polis-terima-kasih-media
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:52 MYT
Kuantan, 6 Jun 2024 - Pemilik kereta Honda City yang dilarikan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Semambu kelmarin, berterima kasih kepada semua pihak terutamanya pasukan polis atas kejayaan memberkas suspek.

Napisah Muhammad, 68, berkata, dia juga melahirkan penghargaan kepada pihak media kerana telah menularkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu sehingga suspek berjaya dikesan.
Katanya, dengan kuasa tular berkenaan, ia telah membantu orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa, sekali gus dapat memberkas penjenayah terbabit dalam masa singkat.

“Saya juga berterima kasih kepada saudara mara, bekas anak murid saya dan rakan-rakan yang tidak putus-putus mendoakan kami termasuk melakukan solat hajat dan sebagainya," katanya yang merupakan seorang pesara guru.

Tambahnya lagi, dia dan suaminya, Mohamed Halim, 77, serta Norharlina Mohamed, 38, buat masa ini masih lagi menumpang di rumah adiknya di Taman Tas sehingga kereta Honda City yang dicuri diperoleh semula.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.

 
ArticlePublished 06 Jun 2024 7.00 AMUpdated 15 Aug 2026 8.08 PM