Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Terima Kasih Buat Pendakwah Ustaz Ebit Liew Sudi Santuni Waris Pdrm Yang Terlibat Kemalangan Di Johor Bahru

Published: 03 Nov 2020 1.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 3 November 2020 - Tersentuh hati dengan kemalangan membabitkan dua anggota polis dengan seorang daripadanya maut di Kampung Kangkar Tebrau, dekat sini, awal pagi kelmarin, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mengunjungi waris kedua-dua mangsa, malam kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-terima-kasih-buat-pendakwah-ustaz-ebit-liew-sudi-santuni-waris-pdrm-yang-terlibat-kemalangan-di-johor-bahru
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:02 MYT
Keratan Akhbar Pilihan Terima Kasih Buat Pendakwah Ustaz Ebit Liew Sudi Santuni Waris Pdrm Yang Terlibat Kemalangan Di Johor Bahru
Home / Article / Keratan Akhbar Pilihan Terima Kasih Buat Pendakwah Ustaz Ebit Liew Sudi Santuni Waris Pdrm Yang Terlibat Kemalangan Di Johor Bahru
Back to Library
Article

Keratan Akhbar Pilihan Terima Kasih Buat Pendakwah Ustaz Ebit Liew Sudi Santuni Waris Pdrm Yang Terlibat Kemalangan Di Johor Bahru

Johor Bahru, 3 November 2020 - Tersentuh hati dengan kemalangan membabitkan dua anggota polis dengan seorang daripadanya maut di Kampung Kangkar Tebrau, dekat...

Johor Bahru, 3 November 2020 - Tersentuh hati dengan kemalangan membabitkan dua anggota polis dengan seorang daripadanya maut di Kampung Kangkar Tebrau, dekat sini, awal pagi kelmarin, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mengunjungi waris kedua-dua mangsa, malam kelmarin.

Ustaz Ebit dalam hantaran di laman Facebooknya malam kelmarin, berkata beliau mengunjungi keluarga mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat, 20, selain menziarahi keluarga Lans Koperal Mohamad Fadhirul Musa, 32, di hospital.

"Sayu sangat hati hari ini, perginya seorang pejuang anggota polis, Konstabel Nicholester Dadup Unggat dan Lans Koperal Mohamad Fadhirul Musa, yang cedera parah.

"Mereka kemalangan ketika mengejar penjenayah. Pejuang menjaga keamanan negara," katanya.

Ustaz Ebit berkata, lebih mengharukan apabila kunjungannya itu disambut Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay "Semua anggota polis dan keluarga ramai di sini. Mereka semua berkhidmat walau dah malam. Kerja polis 24 jam. Kuatnya mereka," katanya.

Sumber: Berita Harian Online

Image may contain: 1 person, standing, text that says 'MA U DALAM KEHIDUPA LEKA! KITA BELUM EHARIAN HS! IMPIAW KAN W Ebit melawat keluarga mendiang Nichole
ArticlePublished 03 Nov 2020 1.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM