Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Teknologi Lahirkan Pemangsa

Diterbitkan: 13 Mar 2023 2.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-teknologi-lahirkan-pemangsa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:47 MYT

 
Kuala Lumpur, 13 Mac 2023 - Penggunaan aplikasi komunikasi sosial seawal usia 16 tahun dipercayai menyebabkan jenayah rogol dalam kalangan remaja perempuan bawah umur meningkat selain memudahkan taktik “predator” mencari mangsa.
Ini kerana, aplikasi itu dikenal pasti menjadi antara penghubung utama untuk suspek dan mangsa bertemu sehingga berakhir dengan hubungan seks.

Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, walaupun kadar jenayah menurun secara mendadak namun kes rogol kian meningkat dan amat membimbangkan.
“Kepesatan teknologi, bahan pornografi mudah diperoleh, suka sama suka dan keluar rumah antara penyumbang kepada peningkatan kes rogol di negara ini.

“Trend kes rogol dilihat meningkat dalam tempoh dua tahun ini iaitu 3,356 kes direkodkan dari tahun 2021 hingga 2022 di mana kebanyakan menjadi mangsa remaja perempuan berusia bawah 16 tahun,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArtikelDiterbitkan 13 Mar 2023 2.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM