Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Tambahan Rm100 Juta Baik Pulih Kuarters Pdrm

Diterbitkan: 24 Jul 2023 5.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Peruntukan tambahan itu sebahagian daripada RM150 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk menyelenggara kemudahan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tambahan-rm100-juta-baik-pulih-kuarters-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:49 MYT
Kuala Lumpur, 24 Julai 2023 - Sebanyak RM100 juta peruntukan tambahan akan disalurkan kerajaan bagi membaik pulih dan menyelenggara kuarters serta fasiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara.

Peruntukan tambahan itu sebahagian daripada RM150 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk menyelenggara kemudahan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan berkata, peruntukan itu akan diagihkan kepada kontinjen PDRM seluruh negara berdasarkan permohonan yang dibuat.

“Pembahagian itu mengikut keutamaan, iaitu mana yang lebih daif, itu yang kita dahulukan, jadi sekarang kita buat penilaian di peringkat kontinjen. Kita sudah mempunyai senarai kerja (penyelenggaraan) yang akan dilaksanakan. Cuma, kita perlu ikut keutamaan kerana masih ada yang tidak boleh dilakukan mengikut peruntukan sebelum ini,” katanya.

Antara tumpuan dalam peruntukan itu adalah kerja baik pulih dan penyelenggaraan kuarters, balai polis, pondok polis termasuk pagar, jalan, dewan, tandas dan lain-lain fasiliti untuk kemudahan warga PDRM.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 24 Jul 2023 5.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM