Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Tambah Baik Kenderaan Pdrm Ketika Operasi Kpn
Kuala Lumpur, 14 Jun 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil langkah penambahbaikan berhubung aspek keselamatan membabitkan pengangkutan dan kendera...
Kuala Lumpur, 14 Jun 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil langkah penambahbaikan berhubung aspek keselamatan membabitkan pengangkutan dan kenderaan yang digunakan anggota ketika operasi.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia susulan Laporan Awal Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan Pasukan Petugas Khas Kementerian Pengangkutan yang dikeluarkan kelmarin.
Laporan awal setebal 146 muka surat itu menjelaskan muatan lebih yang dibawa lori "tipper" menjadi punca nahas yang meragut sembilan nyawa anggota Simpanan Persekutuan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak pada bulan lalu.
Beliau berkata, punca tersebut adalah berdasarkan laporan teknikal kenderaan Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan.
“Wakil PDRM turut menganggotai jawatankuasa tersebut dan cadangan tertentu sedang diteliti terutama penggunaan dan susun atur tempat duduk dalam kenderaan dengan betul.
“Terdapat beberapa aspek keselamatan turut diteliti antara lain membabitkan tali pinggang keledar dan barangan operasi.
“Selain itu, kalau kita tengok keadaan bencana tersebut, barangan (operasi) yang diangkut bersama anggota ada di dalam trak. Itupun kita akan asingkan.
“Sepatutnya peralatan yang dibawa di dalam kenderaan itu bukan berada di dalam (trak) kerana itu bukannya perjalanan untuk membuat operasi,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.