
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Tambah Anggota Jika Diperlukan Mdn
Kluang, 5 Mac 2023 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dimaklumkan mengenai keperluan kerajaan negeri Johor yang memerlukan kekuatan dan tenaga petugas tambahan m...
Kluang, 5 Mac 2023 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dimaklumkan mengenai keperluan kerajaan negeri Johor yang memerlukan kekuatan dan tenaga petugas tambahan memandangkan banjir yang melanda negeri itu secara relatifnya besar.
Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, buat masa ini, Polis Johor mempunyai keupayaan 4,000 lebih anggota yang bersedia untuk dikerahkan bila-bila masa.
“Kalau campur dengan agensi lain termasuk Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan agensi lain dibawah KDN, itu sebenarnya sudah lebih menghampiri 7,000 orang,” katanya selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Kluang di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, sekiranya ada keperluan lain KDN sedia mengatur gerak pasukan polis dari negeri-negeri yang tidak terjejas.
“Ini termasuk menurunkan semua aset polis atau agensi lain bawah KDN seperti kenderaan pacuan empat roda, lori, bot pelampung, tali penyelamat dan sebagainya bagi memudahkan operasi penyelamatan,” katanya.
Sumber: Harian Metro