
Article
Keratan Akhbar Pilihan Tak Sangka Disambut Polis 27 Pati Menyusup Masuk Ditahan
Kuala Langat, 20 Mac 2022 - Salah percaturan apabila sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru menyusup masuk ke negara ini sebaliknya 'disambut'...
Kuala Langat, 20 Mac 2022 - Salah percaturan apabila sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru menyusup masuk ke negara ini sebaliknya 'disambut' anggota polis.
Semua 27 warga asing Indonesia itu ditahan sepasukan polis dari Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih di Pantai Gold Coast Morib, Banting di sini, pagi semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 4, PGA Semenyih, Superintendan Rizal Mohamed berkata, semua PATI terbabit dikesan ketika pasukannya melakukan rondaan dan pemantauan bersama Sukarelawan Malaysia jam 7 pagi.
"Kami menahan 22 lelaki dewasa dan lima perempuan warga asing berusia 21 hingga 54 tahun yang bersembunyi di kawasan semak berhampiran pantai itu.
Katanya, semua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, Banting untuk tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.