Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tak Pernah Tutup Kertas Siasatan Kpn

Published: 27 Oct 2021 3.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, siasatan untuk kes itu masih aktif dan diteruskan hingga kini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tak-pernah-tutup-kertas-siasatan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:07 MYT
Kuala Lumpur, 27 Oktober 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menutup kertas siasatan kes pembunuhan kejam seorang kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang menggemparkan negara dalam kejadian 14 tahun lalu.

Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, siasatan untuk kes itu masih aktif dan diteruskan hingga kini.

Beliau berkata, polis meneruskan usaha mencari petunjuk baharu berkaitan kes itu, namun buat masa ini tiada pemadanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) suspek ditemui.

"Kes berkenaan masih aktif dan tidak pernah ditutup oleh PDRM.

"Usaha mencari petunjuk baharu bagi kes berkenaan masih lagi diteruskan.

"Sehingga kini, tiada padanan DNA suspek ditemui bagi kes berkenaan," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 27 Oct 2021 3.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM