Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tahun Ketiga Beraya Di Sjr

Published: 26 Apr 2022 3.28 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Gua Musang, 26 April 2022 - Ramadan ini merupakan tahun ketiga bagi anggota pasukan keselamatan berbuka puasa di sekatan jalan raya (SJR) sempadan negara di Kilometer 3, Jalan Gua Musang - Cameron Highlands, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tahun-ketiga-beraya-di-sjr
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:03 MYT
Gua Musang, 26 April 2022 - Ramadan ini merupakan tahun ketiga bagi anggota pasukan keselamatan berbuka puasa di sekatan jalan raya (SJR) sempadan negara di Kilometer 3, Jalan Gua Musang - Cameron Highlands, di sini.

Walaupun kelonggaran serta pergerakan rentas sempadan negeri sudah dibenarkan, SJR di situ diteruskan bagi memastikan tiada aktiviti jenayah dan penyeludupan berlaku sepanjang musim perayaan ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi SJR tersebut baru-baru ini, pasukan keselamatan terdiri daripada anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terus cekal menjalankan tugas itu setiap hari.

Seorang pegawai polis, Inspektor Azman A. Radzi, 36 tahun, berkata, ini tahun ketiga dia bersama anggota lain bertugas di SJR itu secara bergilir-gilir termasuk pada bulan Ramadan dan Syawal sejak penularan COVID-19 pada 2020.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and people sitting
ArticlePublished 26 Apr 2022 3.28 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM