Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tahan 1 005 Individu Menerusi Operasi Atipsom Babit Rampasan Rm1 Bilion

Published: 06 Aug 2025 3.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 6 Ogos 2025 - Seramai 1,005 individu ditahan polis menerusi 228 operasi Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) sejak Januari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tahan-1-005-individu-menerusi-operasi-atipsom-babit-rampasan-rm1-bilion
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:49 MYT
Kuala Lumpur, 6 Ogos 2025 - Seramai 1,005 individu ditahan polis menerusi 228 operasi Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) sejak Januari lalu.

Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Hakemal Hawari berkata, ia membabitkan rampasan mencecah RM1 bilion.

“Sebanyak 228 serbuan dijalankan di kawasan tanggungjawab Briged Tengah meliputi Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Di Selangor sahaja, sebanyak 10 serbuan dilaksanakan dan seramai 15 tekong darat ditahan dalam tempoh itu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, tekong terbabit terdiri daripada lapan warga tempatan dan tujuh Indonesia serta 224 pendatang asing tanpa izin (PATI) turut ditahan di pantai sekitar Selangor.
SAC Hakemal berkata, pihaknya turut merampas 10.35 kilogram (kg) dadah jenis Syabu, 3.60 kg Pil Ekstasi dan beberapa kenderaan membabitkan nilai rampasan 1.5 juta di Selangor, baru-baru ini.

Katanya, kejayaan itu membuktikan komitmen Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam membanteras jenayah menerusi PGA khususnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran

 
ArticlePublished 06 Aug 2025 3.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM