Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Superman Atas Jambatan Kedua Pulau Pinang Kena Pukat

Published: 18 Nov 2025 6.36 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Seberang Perai, 18 November 2025 - Tindakan sekumpulan mat rempit yang tular melakukan aksi ''Superman'' di Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah pun diberkas dalam satu operasi di Kilometer 3.8, menghala ke Batu Kawasan di sini, Ahad lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-superman-atas-jambatan-kedua-pulau-pinang-kena-pukat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:54 MYT
Seberang Perai, 18 November 2025 - Tindakan sekumpulan mat rempit yang tular melakukan aksi ''Superman'' di Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah pun diberkas dalam satu operasi di Kilometer 3.8, menghala ke Batu Kawasan di sini, Ahad lalu.

Mereka antara 33 lelaki termasuk seorang warga asing yang ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS).

Ketua Polis Daerah SPS, Superintenden Jay January Siowou berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 16 hingga 27 tahun itu dikesan menunggang motosikal di laluan kereta, kira-kira pukul 3.00 pagi.

Menurutnya, kesemua penunggang terbabit kemudian berpatah balik dan melawan arus ke arah Batu Maung sekali gus membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.
“Hasil tindakan pantas Pasukan operasi, masing-masing berjaya ditahan dan dibawa ke IPD SPS untuk siasatan lanjut.

"Selain itu, sebanyak 51 buah motosikal turut disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 18 Nov 2025 6.36 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM