Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Sumbang Mahram Bapa Kandung Paling Ramai Ratah Anak

Diterbitkan: 09 Apr 2021 7.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 9 April 2021 - Bapa kandung menjadi pelaku tertinggi direkodkan menyumbang kepada kes jenayah sumbang mahram dalam negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sumbang-mahram-bapa-kandung-paling-ramai-ratah-anak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:08 MYT

Kuala Lumpur, 9 April 2021 - Bapa kandung menjadi pelaku tertinggi direkodkan menyumbang kepada kes jenayah sumbang mahram dalam negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, berdasarkan jumlah yang direkodkan sejak tahun 2019 hingga Februari 2021, sebanyak 169 kes dilaporkan melibatkan bapa kandung sebagai pelaku.

Menurutnya, jumlah itu diikuti oleh bapa tiri dengan 155 kes, bapa saudara (100 kes) dan abang kandung (55 kes).

Sumbang mahram melibatkan pelaku dalam kalangan ahli keluarga terdekat kerana disebabkan suspek ada ‘kuasa’ dalam keluarga.

“Pelaku lazimnya ambil peluang ke atas anak yang lemah diikuti dengan faktor hilang kewarasan fikiran dan tanggungjawab. Dia (pelaku) sendiri tidak faham tanggungjawab pada dirinya. Kalau dia faham, dia tidak akan melakukan perkara keji itu.

“Selain itu, pelaku bertindak sedemikian disebabkan tiada pegangan agama yang kukuh atau tidak menghayati sepenuhnya nilai murni dan maksud tanggungjawab mereka sebagai manusia, bapa atau abang yang mana sepatutnya berperanan sebagai pelindung bukannya pemangsa,” katanya kepada Sinar Harian.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 09 Apr 2021 7.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM