
Article
Keratan Akhbar Pilihan Suka Kejar Wanita Sambil Berbogel
Kuala Lumpur, 19 Disember 2022 – Penduduk sebuah pangsapuri di Taman Metropolitan, Kepong di sini, hidup dalam ketakutan susulan kejadian serangan bersiri lela...
Kuala Lumpur, 19 Disember 2022 – Penduduk sebuah pangsapuri di Taman Metropolitan, Kepong di sini, hidup dalam ketakutan susulan kejadian serangan bersiri lelaki gila seks terhadap penghuni wanita dan kanak-kanak.
Suspek lelaki tempatan itu dikatakan gemar berbogel dan mengejar mangsa yang keluar dari lif sebelum mencabul kehormatan mangsa.
Kejadian pertama dilaporkan berlaku jam 1.30 pagi, 19 Oktober lalu membabitkan mangsa berusia 26 tahun yang dikejar suspek ketika menaiki lif untuk ke kediamannya di tingkat 25 pangsapuri itu.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata, sebaik mangsa sampai di tingkat 25 dan berjalan menuju ke unit rumahnya, suspek tiba-tiba muncul dan berlari mengejar mangsa dalam keadaan tidak berseluar.