Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Strategi Tingkat Keberadaan Polis Di Sekolah Dilaksana Masa Terdekat

Diterbitkan: 21 Oct 2025 3.01 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.41 PM
Alor Gajah, 19 Oktober 2025 - Strategi baharu polis untuk meningkatkan keberadaan mereka di sekolah akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-strategi-tingkat-keberadaan-polis-di-sekolah-dilaksana-masa-terdekat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:34 MYT


Alor Gajah, 19 Oktober 2025 - Strategi baharu polis untuk meningkatkan keberadaan mereka di sekolah akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tindakan itu diambil selepas Kabinet mengarahkan Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia untuk tampil lebih kerap di kawasan sekolah dalam usaha kerajaan mengekang aktiviti jenayah dalam kalangan remaja.

“Kami perlu tingkatkan rondaan ini yang bersifat "omni-presence", maknanya keberadaan pasukan polis di sesebuah sekolah,” katanya selepas merasmikan Simposium Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia 2025 semalam.

Beliau berkata, selain keberadaan secara "omni-presence" itu, polis juga diminta tampil dengan program lebih kreatif bagi meningkatkan kesedaran murid dan pelajar mengenai aktiviti jenayah.

“Maksudnya, polis mesti menyusul dengan (antaranya) kekerapan jadual lawatan, kena ada pembabitan lebih langsung dengan sekolah, bukan setakat dengan melawat dan singgah sahaja.

“Dia (polis) kena lebih kreatif tampil dengan pelbagai sesi pembabitan, lawatan yang lebih kerap, pemeriksaan lebih teratur, kemudiannya khidmat nasihat kepada semua pihak berkepentingan,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.


May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 21 Oct 2025 3.01 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.41 PM