Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pga Mohon Lapan Pos Baharu Di Kelantan

Diterbitkan: 21 Oct 2025 2.55 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.51 PM
Rantau Panjang, 19 Oktober 2025 - Penambahan lapan pos baharu di sepanjang sempadan negara di Rantau Panjang dan Tumpat, di sini sangat diperlukan bagi penugasan Pasukan Gerakan Am (PGA) mengawal keselamatan negara, terutama kes pencerobohan dan penyeludupan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-mohon-lapan-pos-baharu-di-kelantan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:05 MYT


Rantau Panjang, 19 Oktober 2025 - Penambahan lapan pos baharu di sepanjang sempadan negara di Rantau Panjang dan Tumpat, di sini sangat diperlukan bagi penugasan Pasukan Gerakan Am (PGA) mengawal keselamatan negara, terutama kes pencerobohan dan penyeludupan.

Sehubungan itu, Pemangku Komander Briged Tenggara PGA, ACP Ijid Landu Binju, berharap cadangan tambahan lapan pos baharu itu dipertimbangkan secepat mungkin untuk kelulusan.

Beliau berkata, cadangan itu setakat ini sudah dikemukakan ke Bukit Aman dan dalam pemerhatian pihak berkaitan, namun perlu melalui beberapa proses sebelum keputusan muktamad dibuat.

“Lapan pos tambahan yang dicadangkan, termasuk di Jeram Perdah (Rantau Panjang) dan Pulau Tengkorak (Tumpat) yang dikesan sering menjadi laluan penyeludup.
“Cadangan itu sudah diangkat ke Bukit Aman dan sekarang sedang menunggu keputusan seterusnya kerana ada peringkat yang perlu dilalui malah perkembangannya setakat ini adalah masih dalam tindakan.

“Kita tidak boleh memberi jaminan sama ada boleh lulus atau tidak kerana ia membabitkan kewangan bagaimanapun diharapkan ia dapat dipertimbangkan kerana pos tambahan itu memang diperlukan bagi menyokong pos yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pangkalan Haram Syed Agil, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text


ArtikelDiterbitkan 21 Oct 2025 2.55 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.51 PM