Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SPRM, PDRM TETAP KOMITED LAKSANA PELBAGAI USAHA DAPATKAN JHO LOW

Diterbitkan: 07 Dec 2024 1.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 7 Disember 2024 - Polis Antarabangsa (INTERPOL) masih dalam proses menilai permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapatkan Notis Merah terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sprm-pdrm-tetap-komited-laksana-pelbagai-usaha-dapatkan-jho-low-20241207
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:34 MYT
Kuala Lumpur, 7 Disember 2024 - Polis Antarabangsa (INTERPOL) masih dalam proses menilai permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapatkan Notis Merah terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata SPRM mengemukakan permohonan menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan bantuan Notis Merah itu pada 23 Ogos tahun lalu.

“Bagaimanapun, sehingga kini INTERPOL masih dalam proses penilaian permohonan berkenaan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, PDRM masih melaksanakan pelbagai usaha melalui kerjasama dengan Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat, pihak berkuasa Singapura dan lain-lain agensi penguat kuasa negara luar yang turut menjalankan siasatan ke atas dana milik Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi mendapatkan apa juga maklumat yang boleh membantu mengesan serta menangkap Jho Low.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 07 Dec 2024 1.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM