
Keratan Akhbar Pilihan Sop Polis Bantu Smk Seri Nilam
#PKPB #PKPP #COVID-19
Kuala Terengganu, 5 April 2021 - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam di sini mengambil beberapa langkah bagi melancarkan sesi persekolahan bersemuka yang bermula semalam termasuk mendapatkan bantuan polis.
Pengetuanya, Zaliha Mat Jusoh berkata, kehadiran dua anggota pasukan keselamatan itu memas-tikan garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah dalam norma baharu dipatuhi.
Menurut beliau, jumlah kehadiran pelajar pada hari pertama memberangsangkan iaitu sebanyak 88 peratus daripada keseluruhan seramai 1,188 pelajar.
"Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan sekolah pada sebelah pagi seperti merekodkan kedatangan pelajar selain penjarakan fizikal di dalam kelas berjalan lancar.
"Selain itu, pelajar dilepaskan secara berperingkat dan sebarang kelemahan akan terus diperbaiki kerana hari ini (semalam) adalah hari pertama," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
Sumber: Utusan Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN