Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Skmm Sekat 2 4 Bilion Panggilan Curiga

Published: 28 Sep 2023 2.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 28 September 2023 - Sejumlah 2.4 bilion panggilan mencurigakan disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak 2018 sehingga kini yang dikesan ada unsur penipuan (scam).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-skmm-sekat-2-4-bilion-panggilan-curiga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:02 MYT
Putrajaya, 28 September 2023 - Sejumlah 2.4 bilion panggilan mencurigakan disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak 2018 sehingga kini yang dikesan ada unsur penipuan (scam).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Puan Teo Nie Ching (张念群) berkata, setiap insiden “scam” yang berlaku melibatkan modus operandi berbeza.

Namun motif utama adalah demi mendapatkan keuntungan yang akhirnya mangsa mengalami kerugian wang ringgit mencecah ratusan ribu ringgit sepanjang tahun.

Bagaimanapun, jelas beliau, isu-isu seperti ini berada di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia dan pihak SKMM membantu kedua-dua badan itu dengan bantuan teknikal jika diminta bagi tujuan penyiasatan.

Ekoran jenayah ini, katanya, SKMM turut membuat sekatan sebanyak 581 juta khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mencurigakan sejak 2021.

“Sebanyak 237,999 nombor, termasuk nombor mudah alih dan tetap yang menghantar SMS mencurigakan ditamatkan perkhidmatan sejak 2021.

“Sebanyak 3,847 laman web phishing turut disekat sejak 2020 selain 29 laman web disekat (berdasarkan permintaan daripada PDRM atas kesalahan bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan),” katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of 1 person and text that says 'SKMM sekat 2.4 bilion panggilan curiga ehMAISARAH SHEIKRAHIM SKMM sekat 2.4 bilion panggilan curiga rimuka1
ArticlePublished 28 Sep 2023 2.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM