Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Penganggur Ditahan Bersama Pil Kuda Rm2 57 Juta

Diterbitkan: 28 Sep 2023 3.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 28 September 2023 - Seorang penganggur ditahan bersama 234,000 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam sebuah kenderaan di Pasir Mas, dekat sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-penganggur-ditahan-bersama-pil-kuda-rm2-57-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:09 MYT
Kota Bharu, 28 September 2023 - Seorang penganggur ditahan bersama 234,000 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam sebuah kenderaan di Pasir Mas, dekat sini.

Tangkapan dibuat jam 11 malam Sabtu lalu oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dalam Op Tapis Khas.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, ketika serbuan, suspek sedang berdiri di luar kereta Proton Perdana dipercayai menunggu pelanggan.

“Pemeriksaan di bahagian bonet kereta menemui empat bungkusan berwarna putih mengandungi 234,000 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM2.57 juta,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dato’ Muhamad Zaki berkata, ujian saringan yang dibuat terhadap lelaki berusia 26 tahun itu bagaimanapun negatif dadah dan suspek juga tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

Beliau berkata, pil kuda itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan dan pihaknya sudah mengenal pasti serta sedang mengesan pembeli dadah terbabit.

“Kita juga membuat siasatan lanjut sama ada terdapat rangkaian kumpulan lain juga terbabit dengan pengedaran dadah itu.

“Suspek direman tujuh hari bermula 24 hingga 30 September untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang sabit kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 5 people and text
ArtikelDiterbitkan 28 Sep 2023 3.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM