Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Skim Khidmat Anggota Pdrm Pangkat Rendah Ditambah Baik

Diterbitkan: 21 Jul 2020 3.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 21 Julai 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang mewujudkan gred baharu untuk Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis (PRP) dan Konstabel untuk jawatan Sub Inspektor YA12.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-skim-khidmat-anggota-pdrm-pangkat-rendah-ditambah-baik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:16 MYT

Kuala Lumpur, 21 Julai 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang mewujudkan gred baharu untuk Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis (PRP) dan Konstabel untuk jawatan Sub Inspektor YA12.

Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, berkata gred baharu itu adalah sebahagian rancangan menambah baik skim perkhidmatan sedia ada, dalam usaha memperkasa modal insan pasukan.

Gred Sub Inspektor ketika ini YA12 dan akan dinaikkan ke gred baharu, iaitu Gred G40 Awam.

"Selain itu, untuk kenaikan pangkat daripada Sarjan Gred YA5 dan YA6 ke pangkat Sarjan Mejar Gred YA8, dicadangkan syarat mesti lulus peperiksaan Undang-Undang Pertengahan Jabatan," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, semalam.

Untuk Skim Perkhidmatan PRP dan Konstabel Orang Asli, dicadangkan penambahbaikan bagi lantikan Konstabel Orang Asli dengan kelayakan akademik daripada Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)/Pentaksiran Tingkat 3 (PT3) kepada lulus Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) dengan kredit Bahasa Melayu atau dengan bakat.

Bagi Skim Perkhidmatan PRP dan Konstabel Sokongan, semua skim perkhidmatan dikekalkan dan semua PRP dan Konstabel Sokongan ditukar lantik ke Skim Perkhidmatan PRP dan Konstabel.

"PDRM mempunyai tiga Skim Perkhidmatan bagi PRP dan Konstabel yang melaksanakan skop fungsi tugas yang hampir sama, justeru wajar untuk disatukan menjadi satu skim yang lebih baik," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

Sumber: Berita Harian

Image may contain: 1 person, text
ArtikelDiterbitkan 21 Jul 2020 3.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM