Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Sistem E Pg Kendali Kes Saman Trafik Dalam Talian

Published: 30 Jan 2021 3.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 30 Januari 2021 - Prosiding lebih satu juta kes saman trafik di negara ini yang berpotensi berakhir dengan pengakuan bersalah, akan dikendalikan Mahkamah Majistret secara berperingkat dalam talian, tanpa memerlukan kehadiran secara fizikal Orang Kena Saman (OKS).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sistem-e-pg-kendali-kes-saman-trafik-dalam-talian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:11 MYT
Kuala Lumpur, 30 Januari 2021 - Prosiding lebih satu juta kes saman trafik di negara ini yang berpotensi berakhir dengan pengakuan bersalah, akan dikendalikan Mahkamah Majistret secara berperingkat dalam talian, tanpa memerlukan kehadiran secara fizikal Orang Kena Saman (OKS).

Kaedah berkenaan dapat dilaksanakan menerusi pelancaran Sistem Pengakuan Salah Kes Trafik Secara Dalam Talian (Sistem e-PG) bermula dengan projek rintis di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) dalam kenyataan semalam, memaklumkan Mahkamah Majistret 3 Shah Alam, akan melaksanakan prosiding itu bagi semua kes trafik yang didaftarkan bermula 2 hingga 5 Februari ini.

Katanya, pelancaran sepenuhnya Sistem e-PG di Mahkamah Majistret seluruh Semenanjung akan bermula 1 April ini, manakala bagi Sabah dan Sarawak bermula Jun.

"Sistem e-PG ini dapat mengurangkan keperluan penerima saman kesalahan trafik hadir ke mahkamah, sekali gus menjimatkan masa, wang ringgit dan menjaga keselamatan serta kesihatan ketika pandemik COVID-19 melanda," katanya.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: text that says 'Kuala Lumpur: Prosiding lebih daki OKS untuk hadir secara fi- dilancarkan ekoran Majistret Sistem e-PG kendali kes saman
ArticlePublished 30 Jan 2021 3.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM