Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Seludup Rokok Rm1 8 Juta Tumpas

Diterbitkan: 21 Aug 2022 3.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Tinggi, 21 Ogos 2022 - Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan rokok putih selepas menahan dua lelaki dan sebuah lori yang dalam keadaan mencurigakan di Taman Fasa Indah, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit di sini pada Sabtu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-seludup-rokok-rm1-8-juta-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:27 MYT
Kota Tinggi, 21 Ogos 2022 - Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan rokok putih selepas menahan dua lelaki dan sebuah lori yang dalam keadaan mencurigakan di Taman Fasa Indah, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit di sini pada Sabtu.

Pegawai dan anggota Pasukan Khas Op Kontraban dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi melakukan serbuan pada jam 3.20 pagi.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat berkata, dua lelaki tempatan yang ditahan itu berusia 31 dan 47 tahun di mana salah seorang daripadanya cuba menghalang pihaknya semasa menjalankan pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan dalam lori tersebut menemukan kotak-kotak berisi rokok seludup yang tidak dibayar cukai. Dalam serbuan itu pihak polis merampas lori berkenaan serta 244 kotak mengandungi 12,200 karton rokok.

"Jumlah keseluruhan rampasan dalam operasi tersebut berjumlah RM1.83 juta," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#21082022

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'sebut rokok pemeriksaan Sindiket seludup rokok RM1.8j tumpas FOTO:IKSANIKJOHOR Polis tahan
ArtikelDiterbitkan 21 Aug 2022 3.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM