Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Seludup Edar Rokok Pantai Timur Dilumpuhkan Pga

Published: 19 Jan 2026 12.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Besut, 17 Januari 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya melumpuhkan sebuah sindiket penyeludupan yang aktif mengedarkan rokok tanpa cukai di Pantai Timur kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-seludup-edar-rokok-pantai-timur-dilumpuhkan-pga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:22 MYT
Besut, 17 Januari 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya melumpuhkan sebuah sindiket penyeludupan yang aktif mengedarkan rokok tanpa cukai di Pantai Timur kelmarin.
Serbuan di sebuah jeti dan kedai runcit di Kuala Besut antara pukul 5.30 pagi hingga 6.30 pagi berjaya merampas rokok disyaki diseludup bernilai keseluruhan RM175,170 dan seorang lelaki warga Pakistan disyaki tali barut sindiket berkenaan ditahan.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan pertama di sebuah jeti di Kuala Besut berjaya merampas 50,000 batang rokok disyaki seludup yang disimpan dalam kereta Honda City.

“Kereta Honda yang dipandu dalam keadaan mencurigakan oleh seorang lelaki warga Pakistan berusia 34 tahun. Dia ditahan pada pukul 5.30 pagi.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan itu kemudian menjumpai sejumlah rokok disimpan kotak-kotak berwarna coklat,” katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan KOSMO seperti di lampiran.

May be an image of fragrance and text


ArticlePublished 19 Jan 2026 12.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM