Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Rose Quartz Tumpas Dadah Rm1 58 Juta Dirampas

Published: 13 Sep 2020 1.36 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Johor Bahru, 13 September 2020 - Kegiatan satu sindiket yang dikenali Rose Quartz yang aktif mengedar dadah sejak tiga bulan lalu terbongkar susulan operasi khas yang dijalankan polis dalam enam serbuan di sekitar bandar raya ini, Khamis lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-rose-quartz-tumpas-dadah-rm1-58-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:17 MYT

#WarAgainstDrugs

Johor Bahru, 13 September 2020 - Kegiatan satu sindiket yang dikenali Rose Quartz yang aktif mengedar dadah sejak tiga bulan lalu terbongkar susulan operasi khas yang dijalankan polis dalam enam serbuan di sekitar bandar raya ini, Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi khas yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman itu berhasil menahan enam lelaki tempatan berusia 39 hingga 57 tahun.

Menurutnya, polis turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk 39.33 kilogram (kg) jenis Syabu, Ketamin (74.98 gram) serta serbuk Ekstasi (20.92g) bernilai RM1.58 juta.

"Hasil siasatan dan risikan selama dua bulan ke atas sindiket itu mendapati bekalan dadah itu diperolehi dari utara Semenanjung kemudiannya dibungkus di negara ini.

"Selain itu modus operandi yang dijalankan adalah dengan menggunakan laluan udara dan laut bagi menyeludup serta mengedar dari negeri ini ke Sarawak dan juga pasaran antarabangsa," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.

Dato' Ayob Khan menjelaskan, hasil saringan awal air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Ketamine, manakala semakan rekod mendapati tiga daripada yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.

Katanya, polis turut merampas mesin yang digunakan untuk pembungkusan dadah serta beberapa peralatan lain termasuk sepucuk pistol angin.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Kosmo berikut.

Sumber: Kosmo

Image may contain: 5 people
ArticlePublished 13 Sep 2020 1.36 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM