Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Rekrut Scammer Tumpas

Published: 22 Oct 2021 2.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Johor Bahru, 22 Oktober 2021 - Polis Johor melumpuhkan sindiket penipuan Macau Scam yang merekrut pekerja dengan tawaran pendapatan lumayan dan peluang bekerja di luar negara pada Selasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-rekrut-scammer-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:32 MYT
Johor Bahru, 22 Oktober 2021 - Polis Johor melumpuhkan sindiket penipuan Macau Scam yang merekrut pekerja dengan tawaran pendapatan lumayan dan peluang bekerja di luar negara pada Selasa.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kegiatan sindiket itu hanya bertahan seminggu sebelum tumpas susulan beberapa siri tangkapan.

"Seramai lapan suspek lelaki tempatan berusia 21 hingga 43 tahun dipercayai memainkan peranan dalam sindiket ini ditahan bagi membantu siasatan. Modus operandi digunakan sindiket adalah melatih pekerja-pekerja baharu mengenai teknik penipuan dengan menyamar sebagai pegawai kutipan hasil dari sebuah bank tempatan dan pegawai-pegawai kerajaan.

"Sindiket ini didapati aktif merekrut dan melatih pekerja baharu untuk dijadikan operator calling centre yang berpusat di luar negara iaitu Kemboja dan Dubai," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Khamis.

Ikuti kupasan lanjut berkenaan pembongkaran sindiket rekrut "scammer" di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 22 Oct 2021 2.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM