Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Penyeludupan Sempadan Malaysia Thailand Penduduk Jadi Tali Barut

Published: 24 Oct 2025 8.26 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Padang Besar, 24 Oktober 2025 - Sindiket penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand melalui negeri ini kini semakin berani apabila mereka mempergunakan segelintir penduduk tempatan untuk dijadikan tali barut bagi melancarkan kegiatan haram tersebut.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-penyeludupan-sempadan-malaysia-thailand-penduduk-jadi-tali-barut
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:53 MYT


Padang Besar, 24 Oktober 2025 - Sindiket penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand melalui negeri ini kini semakin berani apabila mereka mempergunakan segelintir penduduk tempatan untuk dijadikan tali barut bagi melancarkan kegiatan haram tersebut.

Penglibatan 'orang dalam' terutama mereka yang mahir mengenai selok-belok dan laluan tikus di kawasan sempadan hutan menyebabkan pihak berkuasa berdepan cabaran dalam membanteras pelbagai aktiviti penyeludupan.

Lebih membimbangkan apabila 'mata-mata' penyeludup ini turut menggunakan teknologi moden seperti dron untuk memantau pergerakan pasukan keselamatan sebelum merancang membawa keluar masuk barang seludup mengikut masa yang dianggap selamat.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Perlis, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim berkata, hasil risikan mendapati, terdapat segelintir penduduk termasuk mereka yang tinggal di kawasan perkampungan di sempadan telah menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan.

"Mereka memantau pergerakan pihak berkuasa dan menyalurkan maklumat kepada sindiket penyeludupan sama ada di sebelah sini atau negara jiran.

“Mata-mata ini menggunakan dron untuk melakukan pemantauan dan koordinasi mereka sendiri. Sekarang ini semua mampu membeli dron kerana ada yang dijual secara dalam talian pada harga rendah," katanya kepada Kosmo baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Penyeludupan Sempadan Malaysia Thailand Penduduk Jadi Tali Barut

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Penyeludupan Sempadan Malaysia Thailand Penduduk Jadi Tali Barut
Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Penyeludupan Sempadan Malaysia Thailand Penduduk Jadi Tali Barut
ArticlePublished 24 Oct 2025 8.26 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM