
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Pemerdagangan Manusia Dua Tekong 14 Warga Asing Ditangkap
Kota Bharu, 19 Januari 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan manusia selepas menahan 14 warga asing termasuk empat...
Kota Bharu, 19 Januari 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan manusia selepas menahan 14 warga asing termasuk empat kanak-kanak dalam operasi di Kampung Paya Lada, Ketereh, malam kelmarin.
“Hasil pemeriksaan mendapati lapan lelaki dan enam wanita termasuk empat kanak-kanak, dipercayai warga Myanmar berada di dalam rumah itu.
“Semua mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan sah dan disyaki diseludup masuk ke negara ini melalui laluan tidak sah,” katanya.
Beliau berkata, dua warga Myanmar, masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 24 dan 27 tahun, dipercayai bertindak sebagai tekong yang menyeludup kesemua suspek ke Malaysia.