Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Pemerdagangan Manusia Dua Tekong 14 Warga Asing Ditangkap

Published: 19 Jan 2025 8.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 19 Januari 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan manusia selepas menahan 14 warga asing termasuk empat kanak-kanak dalam operasi di Kampung Paya Lada, Ketereh, malam kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-pemerdagangan-manusia-dua-tekong-14-warga-asing-ditangkap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:14 MYT
Kota Bharu, 19 Januari 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan manusia selepas menahan 14 warga asing termasuk empat kanak-kanak dalam operasi di Kampung Paya Lada, Ketereh, malam kelmarin.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan pada pukul 11.45 malam itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan berkaitan penyeludupan warga asing dalam Op Taring Delta Kelantan.

“Hasil pemeriksaan mendapati lapan lelaki dan enam wanita termasuk empat kanak-kanak, dipercayai warga Myanmar berada di dalam rumah itu.
“Semua mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan sah dan disyaki diseludup masuk ke negara ini melalui laluan tidak sah,” katanya.

Beliau berkata, dua warga Myanmar, masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 24 dan 27 tahun, dipercayai bertindak sebagai tekong yang menyeludup kesemua suspek ke Malaysia.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 19 Jan 2025 8.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM